Rekod dan statistik kelab Torino_F.C.

Paolo Pulici bersama 172 gol menjadikannya sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman kelab.

Torino berada di kedudukan kelapan di Serie A mengikut mata keseluruhan[35] mengambil kira semua pasukan bola sepak yang bermain dalam liga utama sekurang-kurangnya sekali.

Dalam liga Itali, Torino menamatkan musim di tempat pertama sebanyak lapan kali walaupun kelab ini hanya menjuarai tujuh kejuaraan liga,[36] tujuh kali di tempat kedua liga dan sembilan kali di tempat kesembilan.[37]

Ketika musim 2006–07, Torino pertama kali dalam sejarah bermain di Serie A lebih banyak berbanding Juventus oleh kerana Juventus bermain di Serie B berikutan skandal Calciopoli .[38]

Giorgio Ferrini memegang rekod penampilan terbanyak kelab dengan 566 kemunculan (tambahan 56 gol) yang beraksi pada 1959 dan 1975.[39] Rekod penjaring gol terbanyak jatuh kepada Paolo Pulici, yang menghasilkan 172 gol rasmi dalam 437 kemunculan di antara tahun 1967 dan 1982.[40]

Lapan pemain Torino ini pula telah memenangi anugerah Capocannoniere yang diberikan kepada penjaring terbanyak Serie A dan pemain Torino pertama meraih anugerah ini ialah pemain dari Austria, Heinrich Schönfeld bersama 22 gol dalam musim 1923–24. Beliau telah diikuti oleh pemain Itali-Argentina, Julio Libonatti yang menjaringkan 35 gol pada musim 1927–28 dan Gino Rossetti (36 gol) pada musim 1928–29.[41] 36 gol dihasilkan Rossetti masih menjadi gol tertinggi untuk memenangi anugerah itu. Eusebio Castigliano menjadi penjaring terbanyak liga pada musim 1945–46 selepas Perang Dunia Kedua[42] dan diikuti Valentino Mazzola pada musim 1946–47 (29 gol).[43] Torino terpaksa menunggu 30 tahun sebelum penjaring terbanyak liga muncul iaitu Paolo Pulici membolot anugerah itu sebanyak tiga kali pada era 1970an iaitu pada musim 1972–73 (17 gol), 1974–75 (18 gol) dan 1975–76 (21 gol).[44] Tempat Pulici digantikan oleh rakan sepasukan, Francesco Graziani pada musim 1976–77, yang menjaringkan 21 gol. Selepas hampir 40 tahun, Ciro Immobile (22 gol) menjadi penjaring terbanyak seterusnya pada musim 2013–14.[45]

Bil.NamaWarganegaraKemunculan
1Giorgio Ferrini566
2Paolo Pulici437
3Renato Zaccarelli413
4Claudio Sala360
5Lido Vieri357
6Cesare Martin345
7Luigi Danova340
8Natalino Fossati361
9Antonio Janni330
10Giorgio Puia326
Bil.NamaWarganegaraGol
1Paolo Pulici172
2Julio Libonatti157
3Gino Rossetti144
4Guglielmo Gabetto127
5Marco Ferrante125
6Valentino Mazzola123
7Francesco Graziani122
8Adolfo Baloncieri100
9Franco Ossola85
10Rolando Bianchi77

Rujukan

WikiPedia: Torino_F.C. http://www.calcioromantico.com/a-spasso-nel-tempo/... http://www.italia1910.com/serie-a-classifica-perpe... http://www.canottaggiolombardia.it/ust/storia/stor... http://cellulagranata.it/index.php/torino/il-toro/... http://www.enciclopediadelcalcio.it/FerriniG.html http://www.osservatoriosport.interno.gov.it/allega... http://www3.lastampa.it/sport/sezioni/quitoro/arti... http://www.legaseriea.it/it/serie-a-tim/calciatore... http://www.motociclismo.it/suzuki-e-official-spons... http://sport.notizie.it/dramma-river-plate-piange-...